5 Tips Kewangan Untuk Bisnes Dari Rumah

804

Keperluan kewangan untuk bisnes dari rumah sangat berbeza dengan syarikat yang besar. Contohnya, apabila anda bercadang untuk memulakan perniagaan dari rumah, anda tidak perlu memikirkan bayaran pendahuluan untuk mendapatkan bangunan komersial. Bagaimanapun, untuk bisnes anda berjaya, anda akan memerlukan pelan pengurusan kewangan yang baik.

Kredit: Business Opportunities

Ini adalah lima tips kewangan yang akan memaksimumkan potensi bisnes anda dari rumah.

1) Membuat Rancangan Perniagaan Yang Formal

Jika anda berfikir untuk mendapatkan pinjaman bagi bisnes anda dari rumah, anda wajib mempunyai plan bisnes yang baik. Fikirkan plan anda sebagai resume untuk bisnes anda. Selalunya, ia perlu mengandungi visi, latar belakang, matlamat dan beberapa maklumat mengenai pesaing anda. Anda juga perlu menjelaskan bagaimana anda akan menjadikan bisnes anda menguntungkan, dan menyenaraikan peralatan dan infrastruktur yang ingin anda beli. Plan bisnes yang formal akan menyatakan kepada peminjam yang anda sudah melakukan penyelidikan dan bersedia untuk langkah seterusnya.

2) Memohon Bantuan Dari Agensi Kerajaan

Banyak pemilik bisnes dari rumah adalah usahawan kali pertama yang kurang tahu mengenai hala tuju perniagaan mereka. Jika anda memerlukan bantuan untuk memulakan perniagaan, terdapat banyak agensi kerajaan yang dapat membantu anda. Antaranya seperti Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Eksport-Import Malaysia Berhad ( EXIM), Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), Malaysian Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Anda juga boleh cuba menghubungi kerajaan negeri anda yang juga menyediakan bantuan untuk peniaga kecil-kecilan.

3) Membuat Unjuran Penyata Pendapatan dan Aliran Tunai

Jika anda ingin menentukan prestasi keseluruhan bagi bisnes dari rumah anda, cara terbaik adalah dengan menjana unjuran penyata kewangan. Ianya termasuk penyata pendapatan, penyata aliran kewangan, dan juga penyata imbangan. Penyata imbangan hanya dokumen yang menyenaraikan aset, ekuiti dan liabiliti anda. Unjuran penyata ini akan sangat membantu dalam persediaan untuk mengembangkan bisnes anda.

Read More  Cara-Cara Ingin Menyemak Kadar Bayaran Hutang Di Laman Web PTPTN ( Beserta Gambar) 2017

4) Bantuan Dari Rakan Atau Keluarga

Ianya boleh menjadi sukar untuk mendapatkan pembiayaan bisnes tradisional apabila melancarkan bisnes dari rumah, jadi anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk meminta bantuan dari rakan atau ahli keluarga. Tunjukkan kepada mereka plan bisnes anda dan terangkan apa yang anda ingin capai dari memulakan bisnes ini. Jika mereka berasa yang plan anda berpotensi, mereka mungkin akan memberikan kepada anda modal untuk anda memulakan perniagaan.

5) Membuat Pelaburan Dalam Pemasaran

Jika anda tidak mampu untuk melabur dalam pemasaran, bisnes dari rumah anda mungkin tidak bersedia untuk bergerak dari idea ke perlaksanaan. Dari menyediakan laman web menarik untuk menawarkan konsultansi percuma, terdapat banyak cara lain untuk anda menarik pelanggan berpotensi – dan anda perlu mengambil kesempatan atas mereka untuk berjaya. Sebelum anda memulakan bisnes, jalankan kaji selidik untuk mendapat tahu siapakah pelanggan ideal anda dan di mana anda boleh mencari mereka. Membina customer base yang mapan tidak perlu hanya dari trial dan error.

 

 

Penghargaan kepada Incredibly atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...