5 Aplikasi Penggera Yang Pasti Membuat Anda Bangun

1,769

Oh, jam penggera yang menjengkelkan. Kita perlukannya, tapi bencikannya. Dan kita akan lebih bencikannya jika kita tidak sedar untuk bangun. Jika anda perlu jaminan untuk bangun pada masanya anda boleh mencuba salah satu dari aplikasi yang menjengkelkan ini.

Secara terus terang, ramai antara kita yang sering tidur mati. Kita suka melengahkan masa menekan butang snooze. Tetapi ianya akan mendatangkan masalah kepada kita sendiri, apabila terbangun lambat. Ini sebabnya kita memerlukan aplikasi penggera, yang tidak berhenti berbunyi sehingga kita terbangun.

1. Walk Me Up (Android, iOS): Bangun dan Berjalan

Ini adalah konsep penggera paling mudah untuk memastikan anda bangun. Anda boleh menutup Walk Me Up hanya apabila anda bangun dari katil dan mula berjalan. Ia akan mengira berapa tapak yang anda berjalan untuk memastikan anda tidak cuba menipu.

Kredit: NDTV Gadgets

Apabila anda menetapkan penggera, anda juga boleh memberitahu aplikasi berapa kalikah anda perlu menekan butang snooze, atau mengaktifkan”evil mode” untuk mematikan terus fungsi snooze. Anda juga perlu memberitahu Walk Me Up berapa langkah yang diperlukan sebelum penggera ditutup.

Muat Turun – Walk Me Up untuk Android (Percuma) atau untuk iOS (Percuma)

2. Alarmy (Android, iOS): Ambil Foto di Suatu Tempat

Semua orang mempunyai rutin setiap pagi. Apakah perkara pertama yang anda lakukan selepas anda bangun? Mungkin anda ke bilik air atau ke dapur untuk membancuh air. Apapun destinasi anda, anda boleh menetapkannya di Alarmy. Cara untuk menghentikan penggera hanya dengan mengambil gambar anda di tempat itu.

Kredit: MacTrast

Dalam suatu cara, Alarmy bukan sahaja memastikan anda dapat bangun, tetapi memantau apa yang anda perlu buat. Alarmy mengesyorkan untuk memilih tempat yang jauh dari katil anda, di mana cahanya adalah konsisten. Bilik air selalunya adalah yang terbaik untuk berbuat demikian. Cuba aplikasi ini beberapa kali sebelum anda menggunakannya supaya anda tidak terus mendengar bunyi penggera setelah anda bangun.

Read More  Google Assistant Kini Mempunyai Pilihan Suara Lelaki

Muat Turun – Alarmy untuk Android (Percuma) atau untuk iOS (Percuma)

3. Wake N Shake (iOS): Goncang Telefon Anda Tanpa Henti

Seperti Alarmy, ada beberapa aplikasi lain yang memerlukan anda menggoncang telefon untuk menghentikan penggera. Tetapi tiada yang dapat menandingi Wake N Shake.

Kredit: Speed Test

Dengan aplikasi lain, anda boleh sekadar menggoncang dengan perlahan untuk bangun, tetapi tidak dengan Wake N Shake. Anda perlu betul-betul bangun dan menggoncang dengan kuat. Tiada lagi alasan untuk anda tidak bangun dengan aplikasi ini.

Muat Turun – Wake N Shake untuk iOS (Percuma)

4. Shake-It Alarm (Android): Goncang atau Jerit!

Sama seperti Wake N Shake, dalam dunia aplikasi penggera Android, Shake-It Alarm membuatkan anda menggoncang telefon untuk menghentikan penggera. Ianya masih mudah untuk diperdaya. Anda tahu apa yang tidak boleh? Menjerit ke telefon anda.

Kredit : AntyApps

Mod Shake-It Alarm yang kedua ini membuat anda menjerit ke telefon anda secara berulang. Anda perlu melebihi meter ditetapkan, barulah penggera akan dihentikan. Ianya agak merumitkan tapi anda harus mencubanya.

Shake-It Alarm juga mempunyai fungsi menarik dimana ia akan menghantar mesej ke seseorang dlam kenalan anda jika penggera tidak dihentikan. Dengan begitu, jika penggera tidak dapat mengejutkan anda, mungkin rakan anda boleh!

Muat Turun – Shake-It Alarm untuk Android (Percuma)

5. I Can’t Wake Up (Android, iOS): Aplikasi Penggera Semua-dalam-satu

Jika anda tidak suka dengan cara di atas, anda boleh mencuba I Can’t Wake Up. Ia mempunyai pelbagai tugasan yang akan membuatkan anda harus bangun dan menutupnya, samada dari mental dan fizikal.

Kredit: Tech Buzz Online

Terdapat masalah matematik, memori dan logik. Anda boleh menggoncang telefon, merakan barkod, dan menulis beberapa perkataan. Ianya juga boleh diubah mengikut kesukaan anda. Anda boleh menetapkan nada dering, merekod suara anda ataupun lagu kegemaran anda.

Read More  Cara Sebenar Untuk Melakukan Thread Pada Tweet Anda Di Twitter!

Muat Turun – I Can’t Wake Up untuk Android (Percuma) atau untuk iOS (Percuma)

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...