3 Aplikasi Mobile Yang Membantu Menukarkan Ucapan Kepada Teks

839

Menghadiri mersyuarat, segala intipati perlu direkodkan dan dicatatkan. Supaya apabila dibentangkan di peringkat dalaman, input yang diberikan selalu selari seperti yang diputuskan seperti sebelum ini. Yang menjadi masalah, apabila kitalah orang yang menghadiri mersyuarat dan kitalah yang perlu merekod mini.

Kini segalanya menjadi lebih mudah dengan aplikasi-aplikasi ini.

Terdapat beratus-ratus apps yang ada untuk Carian, Email, Catat Nota dan membuat temujanji pada telefon pintar anda. Namun, bagi sesetengah orang, saiz papan kekunci dan skrin sentuh mungkin membataskan pengunaan mereka untuk tujuan tersebut.

Sekiranya anda mempunyai kesukaran untuk melihat benda-benda yang bersaiz kecil, atau pergerakan jari yang terbatas dan perlahan atau merasakan komunikasi secara pengucapan (verbal) adalah lebih baik, anda mungkin akan memperolehi manfaat daripada alat yang boleh menukarkan percakapan kepada tulisan.

Di sini kami sertakan TIGA (3) Aplikasi yang boleh membantu menjadikan Ucapan kepada Teks Bertulis. Mari kita soroti ketiga-tiga aplikasi ini yang sememangnya boleh membantu anda menyiapkan kerja dengan lebih pantas dan tangkas.

Dragon Dictation.

Sumber: https://itunes.apple.com/us/app/dragon-dictation/id341446764?mt=8

Aplikasi ini mempunyai hanya satu butang sahaja. Anda hanya perlu tekan dan terus memulakan percakapan. Yang selebihnya akan diuruskan oleh Dragon Dictation. Teks seperti yang diucapkan akan muncul setelah anda tamat bercakap.

Pada permulaan mungkin ia kelihatan sedikit kekok untuk menggunakannya. Namun, setelah anda mendapat rentaknya, anda boleh memproses email yang panjang dan dokumen lain dengan kadar ketetapan yang tinggi dan menyokong 30 bahasa dan loghat dari seluruh dunia.

Sesudah aplikasi tersebut selesai menuliskan ucapan anda, anda boleh menghantarnya melalui email atau copy dan paste ke aplikasi lain. Anda juga boleh memuatnaiknya ke laman sosial seperti Facebook atau Twitter, atau menggunakannya kemudian.

Read More  10 Terms Internet yang Perlu Diketahui

Apa yang menariknya aplikasi ini PERCUMA untuk pengguna iPhone dan iPad sahaja dan ia memerlukan sambungan internet untuk berfungsi.

Evernote for Android.

Sumber :https://play.google.com/store/apps/details?id=com.evernote

Evernote dicipta untuk membantu anda memastikan idea dan inspirasi baru anda sentiasa ditulis dan direkod dengan kemas. Anda boleh menggunakan Evernote untuk merekod nota-nota audio di mersyuarat atau kuliah, namun kini ia boleh digunakan lebih dari itu dengan fungsi menukarkan nota audio kepada teks.

Tidak seperti Dragon Dictation, Evernote menyimpan audio dan teks secara bersama bagi membolehkan anda menggunakan aplikasi tersebut untuk mencari nota yang telah direkod. Evernote  perlu menjadi alat yang dibawa ke mana-mana mersyuarat kerana bentuknya yang portable. Luahkan segala apa yang ada di minda anda, dan anda boleh mencarinya mengikut urutan tarikh.

Aplikasi ini didatangkan secara PERCUMA, tetapi memandang Evernote menggunakan fungsi Google Android’s text transcription service, anda perlu mempunyai sambungan internet untuk menggunakannya.

Voice Assistant

Sumber: www.techharvest.asia

Aplikasi ini baru sahaja diberi nafas baru mempunyai ciri-ciri akses yang pantas yang menjadikan ia lebih mudah untuk memuatnaik teks ke laman sosial seperti Twitter, Facebook atau Email. Bertukar kepada pilihan anda dan Voice Assistant akan menukarkan teks anda kepada format yang bersesuai tanpa perlu klik pada mana-mana butang yang lain.

Gunakan fungsi Salinan Auto (Auto Copy) untuk menghantar text anda kepada aplikasi media sosial seperti Google Search, YouTube, Evernoteor Pages. Anda juga boleh terus menghantar teks tersebut kepada Pencetak Tanpa Wayar ( wireless printer). 

Voice Assistant  menggunakan pengecaman suara/ucapan pintar, jadi ia telah biasa dengan pelbagai bahasa yang digunakan. Malahan, ia juga turut mempunyai fungsi pembetulan tatabahasa dan anda boleh membuat pindaan atau pembetulan seperti yang dicadangakn di skrin.

Read More  Invoice Home Dengan 100++ Template Invoice Percuma

Aplikasi ini adalah berharga $ 0.99 (RM 4.20) dan tersedia untuk pengguna iPhone dan iPad sahaja buat masa ini

Penghargaan kepada Entrepreneur.Com atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.a

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...