Bagaimana Untuk Caj Telefon Android Anda Lebih Pantas

689

Keperluan untuk sentiasa mengecaj telefon anda adalah sangat mengecewakan. Jika penggunaan anda lebih dari biasa, mustahil untuk anda dapat menggunakan telefon anda untuk seharian tanpa mengecaj semula.

Sedihnya, tiada tanda untuk hilangnya keperluan mengecaj telefon dua kali sehari. Apabila kapasiti bateri meningkat, penggunaan tenaga juga meningkat dari aplikasi dan sistem operasi yang sering berubah. Ianya situasi yang tidak akan selesai.

Dan walaupun kabel USB-C sejak diperkenalkan dapat mengecah dengan lebih pantas, tetapi ianya juga boleh menjadi sesuatu yang rumit.

Tetapi jangan risau, ada beberapa tips dan gajet untuk memudahkan pengalaman mengecaj anda. Ini adalah antara lapan tips mengecaj Android yang mungkin anda tidak ketahui.

1. Mengaktifkan Airplane Mode

Salah satu kelemahan pada bateri anda ialah isyarat rangkaian. Secara umumnya, lebih teruk isyarat anda, lebih cepat bateri anda akan habis.

Jika anda tinggal di kawasan dengan isyarat yang teruk, telefon anda akan mengambil lebih masa untuk mengecaj berbanding di kawasan dengan isyarat yang kuat – isyarat menggunakan tenaga sambil anda mengecaj.

Solusinya? Letakkan telefon anda dalam Airplane Mode sebelum mengecaj. Ujian mendapati anda dapat mengecaj penuh dengan masa kurang 25 peratus.

Kredit: MakeUseOf

Untuk letakkan telefon anda dalam Airplane Mode, hanya leretkan ke bawah dari bar notifikasi dengan dua jari dan klik ikon Airplane Mode.

Cuma pastikan anda menyaktifkannya semula apabila bateri sudah penuh!

2. Matikan Telefon Anda

Mudah, jelas tapi sering diabaikan. Jika telefon anda dimatikan semasa sedang mengecaj, ianya akan dicaj dengan lebih pantas. Tiada apa aplikasi yang menggunakan bateri anda sehinggalah ianya dicaj.

3. Pastikan Charge Mode Diaktifkan

Peranti Android membenarkan anda menentukan apakah jenis sambungan apabila anda memasukkan kabel USB. Dalam versi terbaru Android, ianya tersimpan di menu Developer Options.

Untuk mengakses Developer Options, anda perlu membenarkannya dahulu. Untuk berbuat demikian, pergi ke Settings > About Phone > Build Number. Klik sebanyak tujuh kali pada build number. Selepas klik kedua, peranti anda akan memberitahu kiraan undur untuk membenarkannya.

Read More  iPhone Sering Terpadam? 5 Cara untuk Membaikinya
Kredit: MakeUseOf

Seterusnya, pergi ke Settings > Developer Options > Select USB Configuration. Pilih Charging dari senarai tersebut.

4. Gunakan Soket Dinding

Menggunakan port USB pada komputer anda atau di dalam kereta akan menyebabkan anda mengecaj dengan tidak efektif.

Selalunya, soket USB bukan dinding hanya menawarkan kuasa keluar sebanyaj 0.5A. Soket mengecaj dinding pula memberikan anda 1A. Tiada apa masalah dengan amperage yang rendah – ia tidak merosakkan peranti anda – tetapi anda akan perlu menunggu lebih lama untuk mengecaj.

5. Beli Power Bank

Jika anda perlu mengecaj telefon anda di luar – contohnya jika anda sering melancong – power bank boleh menjadi penyelamat.

Banyak power bank yang menawarkan amperage yang sama dengan soket dinding, dan dalam sesetengah kes, lebih banyak. Tetapi amaran untuk anda, sambil anda mengecaj lebih pantas dengan keluaran two-amp, pastikan kabel USB anda dapat mengendalikan kuasa yang lebih.

6. Jauhi Pengecasan Tanpa Wayar

Tiada masalah dengan pengecas tanpa wayar – ianya tidak memerlukan kabel yang mungkin semua dapat menerimanya.

Bagaimanapun, jika kepantasan mengecas adalah prioriti anda, anda patut menjauhinya. Pengecas tanpa wayar mengecas jauh lebih perlahan dari pengecas konvensional, dengan hampir separuh kelajuan biasa.

Kenapa? Ada dua sebab. Pertama, ianya lebih efisien untuk memindahkan tenaga melalui kabel. Kedua, tenaga terbuang menjana haba lebihan.

7. Tanggalkan Bekas Telefon Anda

Semua telefon pintar bergantung kepada bateri lithium-ion. Tindak balas kimia disebalik ia menentukan yang proces mengecas akan berjalan dengan lebih efisien apabila bateri sejuk.

Untuk pengecasan optimum, suhu bateri perlu diantara 5 dan 45 C. Jelas, suhu bateri dipengaruhi -persekitaran, jadi dengan menanggalkan bekas telefon anda akan merendahkan suhu.

Read More  Cara Untuk Menyekat Laman Web Yang Tidak Sesuai Menggunakan Google WiFi!

Dan jika anda memikirkan untuk mengecas fon di dalam peti sejuk: jangan. Bateri akan menjadi tidak efisian di bawah suhu ideal.

8. Gunakan Kabel Berkualiti Tinggi

Perbezaan kualiti antara kabel boleh berbeza.

Di dalam kabel mengecaj anda ada empat kabel individu – merah, hijau, putih dan hitam. Kabel putih dan hijau adalah untuk memindahkan data, merah dan hitam pula untuk mengecaj. Nombor amp antara dua kabel ditentukan dengan saiznya. Kabel dengan 28-gauge boleh membawa 0.5 amp; manakala kabel 24-gauge boleh membawa 2 amp.

Selalunya kabel murah menggunakan 28-gauge, dan mengecaj dengan lebih perlahan.

Jika anda ingin mencuba kabel anda untuk mengecaj samada efisien atau tidak, anda boleh memuat turun Ampere. Ianya membolehkan anda mengira caj dan discaj peranti anda.

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...