Sekat SMS Spam Dengan Aplikasi Android Berikut

2,027

Dalam beberapa negara, SMS spam adalah masalah yang sebenar. Kita sering memberi nombor telefon dengan begitu sahaja apabila memesan makanan dari restoran atau menyertai cabutan bertuah di pasaraya. Tetapi selepas itu, pelbagai mesej promosi akan dihantar setiap hari. Tidak seperti emel, kebanyakan mesej tersebut tidak boleh dibatalkan langganannya.

Jika anda menggunakan telefon Android, terdapat beberapa aplikasi yang dapat membantu anda mengatasi masalah ini. Ianya berbeza dengan pengguna iPhone, kerana Android membenarkan aplikasi SMS pihak ketiga di Google Play store dan anda boleh menetapkannya sebagai aplikasi default untuk mengendalikan teks. Mari kita lihat antara aplikasi yang paling popular dan efektif.

1. TrueCaller 8

True Software Scandinavia AB, syarikat yang dikenali dengan aplikasi TrueCaller, juga telah membangunkan TrueMessenger, aplikasi yang berfungsi untuk menapis mesej spam dari inbox anda. Sejak TrueCaller versi 8.0, aplikasi tersebut telah mempunyai semua fungsi TrueMessenger , sama seperti TrueDialer sebelumnya.

Dengan memasang TrueCaller di telefon Android anda, anda akan mendapat gantian dailan dan SMS yang menapis nombor tidak diketahui dari pangkalan data. Selain menyelidik siapakah pengirim, TrueCaller juga menunjukkan berapakah orang yang menandakan pengirim sebagai spam. Aplikasi ini turut menyekat spammer umum dari menghantar teks kepada anda.

Kredit: MakeUseOf

Apakah yang perlu anda lakukan apabila menerima SMS spam? Caranya ialah dengan mengklik “Block & report spam” pada perbualan. Dengan ini, telefon anda tidak akan menerima lagi apa-apa mesej dari pengirim tersebut jika anda mengaktifkan tetapan “Notifications for blocked SMS“.

Anda juga boleh menyekat pengirim dengan menggunakan quick action shortcut dari notifikasi mesej, atai dengan memilih beberapa perbualan dan mengklik simbol block.

TrueCaller 8 adalah percuma, tetapi boleh digunakan tanpa iklan dengan harga $1 (RM4.30) sebulan. Selain menggunakan pengkalan data umum, aplikasi ini turut memuat naik kenalan anda untuk memeriksa nombor yang tidak disenaraikan. Begitulah aplikasi ini dapat mengenalpasti seseorang pengirim. Anda juga boleh memilih untuk membuang nombor anda dari senarai pengkalan data, tetapi anda sudah tidak dapat menggunakan aplikasi ini lagi.

Read More  Aplikasi Yang Wajib Ada Untuk Turunkan Berat Badan 10KG Dalam 30 Hari Sahaja

Muat Turun – TrueCaller (Percuma, dengan iklan)

2. SMS Blocker

Aplikasi ini mungkin tidak sebagus yang lain tapi pastinya SMS Blocker mempunyai beberapa fungsi yang menarik. Terdapat senarai Block List yang membolehkan anda menyekat teks dari pengirim tersebut dan yang mengandungi perkataan seperti “promosi”, “penjimatan” atau “kupon”.

Ini membolehkan anda mengawal lebih dari sekadar SMS yang ditandakan sebagai spam. Sama seperti Block List, terdapat juga Allowed List, yang merupakan whitelist untuk nombor yang anda percayai.

Kredit: MakeUseOf

SMS Blocker adalah aplikasi yang terkandung iklan, dan boleh dibuang dengan membeli versi Pro dengan harga $5 (RM21.49) yang beserta beberapa fungsi tambahan. Dalam versi Pro, anda boleh menetapkan untuk memadam mesej disekat secara automatik dan tiada had untuk nombor di Block List. Anda juga boleh memilih runut SMS yang tidak masuk ke inbox anda. Selain itu, anda boleh menetapkan respon automatik kepada nombor yang disekat walaupun kebanyakan mesej spam dihantar menggunakan server.

Akhir sekali terdapat fungsi menarik bernama “Block my Ex” yang mana anda boleh menetapkan sehingga lima nombor dan mana-mana SMS diterima dari nombor ini akan dipadam secra automatik apabila diterima. Versi Pro juga membolehkan anda mengunci aplikasi tersebut dan membuat backup/restore tetapan anda.

Muat Turun – SMS Blocker (Percuma, dengan iklan)

3. Reos Message

Reos Message adalah aplikasi gantian SMS yang nampak cantik dan mempunyai solusi mudah untuk mengendalikan spam. Enjin natural language processing (NLP) aplikasi ini dilatih untuk mengekstrak maksud dari teks anda dan membahagikannya secara automatik ke tiga tab: peribadi, transaksi dan promosi.

Di tab peribadi anda akan melihat teks dari kenalan, nombor dibalas dan mana-mana mesej yang tidak sesuai dengan tab yang lain. Tab seterusnya iaitu transaksi mengumpulkan teks pengesahan transaksi dari hotel, penerbangan, tempahan wayang, pengeluaran ATM sehinggalah ke One Time Passwords (OTP).

Kredit: MakeUseOf

Aplikasi ini menunjukkan logo syarikat yang mengirim SMS, supaya anda dapat mengenalpasti siapakah pengirim mesej dengan cepat. Fungsi menarik lain ialah Instant Cards, yang akan menunjukkan intipati mesej anda tanpa membukanya, contohnya seperti OTP semasa melakukan transaksi atas talian. Anda juga boleh terus menyalin dari paparan notifikasi dengan satu klik.

Read More  Usahawan Perlu Ubah Pemikiran, Terap Teknologi Dan Inovasi Dalam Perniagaan

Tab terakhir adalah dimana mesej “promosi” disimpan. Semua mesej yang dianggap sebagai spam dan tidak penting akan disimpan di sini.

Muat Turun – Reos Message (Percuma)

4. Microsoft SMS Organizer

Dibangunkan oleh syarikat gergasi Microsoft, aplikasi yang bermula sebagai eksperimen ini, berfungsi untuk mengatasi masalah SMS spam. Apabila pertama kali dilancarkan, aplikasi ini akan terus mengasingkan mesej yang dianggap promosi ke folder yang tersendiri. Sama seperti aplikasi anti-spam lain, anda boleh memilih untuk menyahaktifkan notifikasi untuk SMS promosi.

Mesej dari nombor yang anda sekat juga dialihkan ke foldernya yang tersendiri.

Kredit: MakeUseOf

Dengan SMS Organizer, anda boleh mentapkan perbualan sebgai penting yang juga dialihkan ke folder tersendiri (seperti Gmail). Juga terdapat folder digelar “Peringatan” untuk mesej yang berkaitan bil, contonya seperti bil bayaran bulanan untuk kad kredit anda.

Akhir sekali, SMS Organizer boleh memadan mesej promosi, disekat dan OTP untuk masa yang ditetapkan (seminggu, sebulan mahupun setahun). Ianya sangat membantu umumnya untuk mesej OTP yang digunakan sekali sahaja.

Muat Turun – Microsoft SMS Organizer (Percuma)

Bolehkah Anda Menghilangkan Spam untuk Selamanya?

Mungkin aplikasi ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk mengasingkan mesej penting dari spam, tetapi hakikatnya anda sendiri perlu sentiasa peka untuk menyekat mesej dari masa ke semasa. Ini kerana walaupun aplikasi yang anda gunakan bagus, tetapi masih akan ada mesej spam yang terlepas pandang.

Lebih teruk apabila syarikat menggunakan nombor ID pengirim yang sama untuk mengirim teks transaksi termasuk promosi, menyukarkan anda untuk menyekat dan tidak menerima peringatan penting.

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...