Mudahnya Membina Laman Web Dengan Weebly

403

Jika anda berada dalam pasaran membina laman web, pastinya anda pernah mendengar berkenaan Weebly, berfungsi sebagai website builder yang akan memudahkan anda untuk membangunkan laman web yang menarik. Tetapi apa yang menjadikan Weebly sebagai pilihan yang tepat sebagai platform untuk laman web anda?

Dengan Weebly, anda tidak memerlukan sebarang kemahiran pengaturcaraan, jadi jika anda seorang amatur dan tidak pernah mempelajari apa-apa berkaitan pengaturcaraan juga anda boleh menggunakannya. Hanya drag dan drop borang yang ada dan miliki template serendah dari $8 (RM 34.40) hingga $35 (RM 150.49) sebulan. Ia platform untuk membangunkan laman web dengan cermat dan mudah.

Bukan sekadar cakap-cakap kosong bagaimana mudah laman web ini boleh dibangunkan dengan Weebly, ia telah pun terbukti dengan pelbagai kisah daripada penggunanya sendiri. Untungnya, Weebly telah menerima banyak maklumbalas positif yang boleh dijadikan panduan untuk anda membuat keputusan untuk membangunkan laman web anda nanti. Di sini kami kongsikan beberapa laman web yang menggunakan platform Weebly

BAD PICKLE TEES

Sumber: https://www.g2crowd.com/blog/website-builders/websites-built-weebly/

Anda tidak perlu menjadi professional untuk menggunakan Weebly. Malahan, Bad Pickle hanyalah dianggap sebagai lawak semata-mata sehingga pemiliknya Cyndi dan John menggunakan Weebly. Mereka mempromosikan baju yang mempunyai jenaka berkaitan makanan yang direka secara professional, membuka capaian platform yang meluas, dan apa yang mengagumkan mereka menukarkannya jenaka kepada idea bisnes yang menguntungkan. Fokus Cyndi dan John adalah volum (kuantiti besar), dengan Weebly segalanya menjadi mudah ditambah dengan rekaan laman web yang kemas.

THE PRETZEL PRINCESS

Sumber: https://www.g2crowd.com/blog/website-builders/websites-built-weebly/

Pernah anda melihat gambar makanan dan tiba-tiba ia membangkitkan selera anda? Dan pernahkah juga anda melihat laman web yang direka dengan sangat menarik sehingga menyebabkan anda terus menekan butang “Beli Segera” tanpa berfikir panjang? Ini apa yang Weebly telah berjaya lakukan untuk The Pretzel Princess Betty. Pemiliknya sangat kecewa dengan kerjayanya dan mengambil keputusan untuk cuba menjadikan hobinya sebagai kerjaya dan membina laman web yang professional dengan dengan sedikit pelaburan cukup dengan sekadar apa yang diperlukannya buat masa ini.

Read More  Google Dedahkan Perkara Yang Paling Banyak Dicari Melalui “Bagaimana Untuk…..?”

WHISTLE & BANGO

Sumber: https://www.g2crowd.com/blog/website-builders/websites-built-weebly/

Mempunyai laman web yang hebat dan direka dengan susunan yang menarik sememangnya dapat memukau prospek anda, namun biasanya ia juga memerlukan pelaburan yang besar. Weebly telah membantu Ania dan Rosie untuk membina laman web untuk syarikat gelang mereka dengan bajet yang cukup minima, dan kini mereka menjual gelang mereka sebaris dengan jenama besar yang lain.

RAQUEL OROZCO

Sumber: https://www.g2crowd.com/blog/website-builders/websites-built-weebly/

Fesyen dan rekaan yang dibawa oleh Raquel Orozco diakui ramai sangat menarik, namun jenama-jenama lain juga lebih ke hadapan kerana mereka mempunyai laman web sendiri. Memandangkan masih mahu mengekalkan projek ini secara in house supaya ia lebih mampu milik, Orozco beralih kepada Weebly. Kini, ramai orang di seluruh dunia mengagumi rekaan dengan hanya laman webnya ditambah dengan rekaan laman web yang ringkas dan menarik.

Kisah di atas adalah adalah antara kisah kejayaan pengguna Weebly yang memberikan satu mesej yang sangat mudah, syarikat yang sedang dalam fasa membangun perlu memiliki laman web. Namun, kebanyakan bisnes masih belum mempunyai kapisiti untuk memiliki pasukan untuk membina website mengikut citarasa bisnes mereka. Tetapi, dengan adanya Weebly, sesiapa sahaja boleh untuk untuk membangunkan laman web anda dengan mudah mengikut citarasa yang diperlukan. Yang paling penting ia masih lagi berada pada lingkungan kos yang anda perlukan.

Penghargaan diberikan kepada laman web G2CROWD untuk artikel di atas. Anda boleh mengakses versi asal di dalam bahasa Inggeris di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...