Belajar Bahasa Jepun Dengan Duolingo

468

Duolingo telah membantu ramai orang untuk mempelajari pelbagai bahasa sejak tahun 2011, kebanyakannya secara percuma, dengan menawarkan versi premium yang dipanggil sebagai Duolingo Plus untuk mereka yang berminat mempelajari pelbagai bahasa yang lain.

Sumber: https://www.duolingo.com/

Menurut Duolingo, bahasa Jepun merupakan bahasa yang mempunyai permintaan tertinggi buat masa ini. Walaubagaimanapun, bahasa Jepun sememangnya diketahui sebagai bahasa yang sukar untuk dipelajari dan diajari terutamanya secara atas talian. Menyahut cabaran ini, Duolingo telah melancarkan Japanese language course for English speakers.

Belajar Bahasa Jepun Dengan Duolingo

Bahasa Jepun dianggap sebagai bahasa yang paling sukar untuk dipelajari oleh penutur yang berbahasa Inggeris dan ia memerlukan sekitar 2200 jam untuk mencapai tahap penguasaan profesional.  Malah jika anda tidak berbuat apa-apa dan hanya mempelajari bahasa Jepun sahaja, ia akan mengambil masa selama 91 hari dan 16 jam atau lebih kurang 3 bulan untuk menguasai bahasa tersebut.

Di dalam posting berkaitan pelancaran kursus terbarunya itu, Duolingo menjelaskan mengapa bahasa Jepun sangat sukar dipelajari. Ini termasuklah sistem penulisan yang kompleks yang menggunakan campuran Hiragana, Katakana, dan Kanji, dengan struktur tatabahasa yang sangat fleksible dan arahan perkataan yang sering berubah mengikut perkataan yang dituturkan.

Jadi untuk mengajar bahasa Jepun secara berkesan, Duolingo telah mengabaikan peraturan tersebut. Oleh itu anda akan banyak mempelajari karakter termasuk asas 88 karekter kanji dan yang berikutnya secara beransur-ansur. Dengan Duolingo, kursus-kursus bahasa Jepun yang lainnya adalah mengikut pelbagai tema yang menarik.

Daripada kursus ini, ia akan memberikan anda kefahaman secara asas dalam bahasa Jepun. Setelah anda menamatkan kursus ini, Duolingo beranggapan bahawa anda boleh lulus sekiranya menduduki ujian JLPT N5 yang merupakan tahap pertama bagi Ujian Penguasaan Bahasa Jepun yang paling popular di dunia. Atau sekurang-kurangya menguasai teori bahasa Jepun.

Read More  Bagaimana Hendak Menterjemahkan Dokumen Ke Bahasa Lain Melalui Google Docs?

Belajar Bahasa Jepun Sememangnya Sukar

Duolingo layak mendapat penghargaan dengan mengambil cabaran untuk mengajar bahasa Jepun. Apabila anda sebagai penutur bahasa Inggeris, anda akan mula mempelajari keseluruhan tatabahasa dan penggunaan karekter bahasa yang berbeza. Pastinya, guru yang mengajar anda akan menghadapi cabaran yang sangat besar. Penulis pun tidak pasti sama penulis mempunyai ketahanan mental yang cukup untuk mempelajari bahasa Jepun. Bagaimana pula dengan anda?

Penghargaan diberikan kepada MakeOfUs untuk artikel artikel asal anda boleh layari di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...