560 Juta Kata Laluan Bocor Di Internet

407

Mungkin telah tiba masanya untuk anda menukar kata laluan anda. Kesemuanya sekali. Terutamanya jika kata laluan anda telah berusia lebih daripada 12 bulan. Mengapa? Kerana 560 juta akses masuk telah tersebar di internet dan hanya menunggu masa untuk ditemui oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Beberapa tahun kebelakangan ini, telah berlaku beberapa pelanggaran dan pencerobohan data secara besar-besaran. Kesemuanya telah menyebabkan berjuta-juta alamat e-mail dan dan kata laluan menjadi terbuka kepada individu yang tahu bagaimana untuk mendapatkannya. Dan sekarang, database yang mengandungi beratus-ratus juta password lama telah tersebar di internet.

Database yang mengandungi butiran 560 juta email dan kata laluan telah pertama kali ditemui oleh Kromtech Security Research Center. Ia telah diumumkan tidak selamat pada sambungan peranti yang menggunakan versi awal MongoDB. Yang mana, sekalipun penggodam tersebut bertaraf amatur, mereka masih boleh mengakses terhadap kata laluan tersebut.

Berita baiknya adalah database tersebut adalah butiran akses daripada pencerobohan yang telah didedahkan sebelum ini yang melibatkan LinkedIn, Myspace, Tumblr, Dropbox, LastFM, Adobe dan Neopets. Manakala berita buruknya pula, mereka telah memuatkan kesemua data-data tersebut ke dalam database yang menjadikan maklumat tersebut terlalu mudah untuk diakses.

Ini bermakna, jika anda tidak pernah menukar kata laluan selepas pencerobahan sebelum ini, anda perlu berbuat demikian sekarang. Jika anda risau anda telah ketinggalan berkenaan dengan pencerobohan sebelum ini, anda patut memeriksa samada alamat email anda telah di “flagged” dengan menaip alamat email atau username anda di Have I Been Pwned.

Sumber: https://haveibeenpwned.com/

Dalam membincangkan mengenai kebocoran data yang terbaru ini, penyelidik Bob Diachenko memberotahu Gizmodo, ” Kami sekali sekali lagi ingin mengeaskan mengenai kepentingan menukar kata laluan, kerana akan ada banyak dan banyak lagi mereka yang berniat jahat akan mengekploitasi data yang diambil daripada pencerobohan dan penggodaman sebelum ini.

Read More  WannaCry - Apa yang perlu anda tahu

Walaupun berkemungkinan butiran akses masuk ini telah lama dan anda telahpun menukar katalaluan yang terkandung di dalam database yang bocor ini. Menjadi idea yang sangat praktikal jika anda menukar kata laluan anda dengan lebih kerap. Jika anda masih lagi menggunakan kata laluan yang lama, mungkin telah tiba masanya untuk anda berbuat demikian.

Penghargaan diberikan kepada laman web makeuseof.com dan anda boleh mengakses artikel asal dari laman web tersebut di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...