Freshbooks – Peneraju Sistem Perakaunan Mesra Pengguna

561

Bermula sebagai solusi mudah setelah Mike McDerment (CEO) tidak sengaja memadamkan rekod invois pelanggan terdahulu, Freshbooks kini telah berkembang pesat dan menjadi salah satu sistem perakaunan yang terbaik di dunia. Pemenang anugerah Best Accounting Software Award for 20162016 Supreme Software Award dan banyak lagi menawarkan solusi perakaunan yang mudah untuk industri kecil dan sederhana.

Kredit: Tech Harvest

Ini adalah paparan pertama yang anda akan lihat setelah anda mendaftar masuk ke Freshbooks. Semua fungsi utama diletakkan di hadapan supaya anda dapat mengakses fungsi invois dan sebagainya dengan pantas. Selain itu, terdapat laporan kewangan syarikat anda mengenai keluar masuk wang untuk anda menilai prestasi semasa.

Kredit: Tech Harvest

Fungsi utama dalam sesuatu sistem perakaunan pastilah mengenai invois. Freshbooks memudahkan anda untuk memasukkan invois, dengan pendekatan “What You See Is What You Get” (WYSIWYG) atau dalam bahasa mudah anda akan mendapat hasil yang sama seperti yang anda masukkan ke dalam sistem.

Kredit: Tech Harvest

Bagaimana jika anda mempunyai syarikat yang berdaftar dengan sistem GST? Jangan risau, dengan satu klik, anda boleh memasukkan kadar cukaian samada GST atau SST dengan begitu mudah. Pengiraan cukai akan ditunjukkan di dalam invois untuk rujukan anda dan pelanggan.

Kredit: Tech Harvest

 

Salah satu fungsi yang menarik dalam sistem Freshbooks adalah anda boleh memasukkan amaun deposit yang diperlukan dari pelanggan di dalam invois. Sebagai contoh, jika anda penyedia perkhidmatan seperti membaiki kenderaan atau mengubahsuai bangunan, fungsi ini pasti sangat berguna untuk anda yang memerlukan wang pendahuluan sebagai jaminan dari pelanggan.

Kredit: Tech Harvest

Selain memudahkan anda memasukkan invois, anda juga pasti akan mendapati fungsi ini menarik. Anda boleh terus menghantar invois kepada pelanggan dengan peringatan dan sebagainya. Kini anda tidak perlu untuk pergi dan kembali ke sistem untuk menghantar invois kepada pelanggan anda.

Read More  Kini Firefox Membenarkan Anda Menambah Aplikasi Web ke Skrin Utama Android Anda!
Kredit: Tech Harvest

Selepas anda selesai memasukkan invois, anda boleh mengubah paparan invois mengikut citarasa anda. Terdapat dua pilihan tema dengan pelbagai pilihan warna untuk anda menyesuaikan desain invois dengan identiti korporat syarikat anda. Anda juga boleh mengubah jenis tulisan.

Kredit: Tech Harvest

Selain invois, Freeboks juga membolehkan anda memasukkan perbelanjaan anda untuk menilai prestasi kewangan syarikat anda. Anda juga boleh memuat naik resit dan kategori untuk memudahkan anda membuat rujukan di masa hadapan.

Kredit: Tech Harvest

Salah satu kelebihan Freshbooks adalah anda dapat membuat sebut harga, sama seperti invois. Fungsi ini amat berguna jika anda adalah penyedia perkhidmatan dan perlu memberikan anggaran kos servis yang anda tawarkan.

Kredit: Tech Harvest

Untuk anda yang menitikberatkan rekod setiap transaksi keluar masuk dalam syarikat, Freshbooks ada penyelesaiannya. Kini anda boleh merekodkan setiap transaksi secara automatik dari lebih 14,000 insitusi kewangan di seluruh dunia. Jangan risau mengenai keselamatan kerana lebih dari 35,000,000 transaksi telah direkodkan di dalam sistem. Freshbooks juga menggunakan 128-bit SSL encryption, sama seperti ciri keselamatan di bank.

Kredit: Tech Harvest

Freshbooks menyimpan dan menghimpunkan invois anda mengikut klien. Jadi anda boleh menilai transaksi anda dengan setiap klien. Maklumat klien tidak perlu diisi berkali-kali kerana maklumat tersebut telah disimpan di dalam sistem dan akan dimasukkan secara automatik pada sesi masa hadapan.

Kredit: Tech Harvest

Salah satu fungsi menarik Freshbooks ialah Time Tracker. Fungsi ini adalah untuk meningkatkan daya produktiviti anda dengan menetapkan objektif dalam sesuatu masa. Di sini anda boleh menilai kembali apa yang anda ingin, akan dan telah capai.

Kredit: Tech Harvest

Anda sukar untuk membuka komputer setiap kali ingin memasukkan invois? Freshbooks menyediakan aplikasi mudah alih untuk anda berbuat demikian, kini dengan hanya di hujung jari. Anda masih boleh mengakses semua fungsi di telefon mudah alih anda, sama seperti versi web.

Read More  Cara Untuk Melakukan Perkongsian Skrin Pada Mac Melalui Terminal!
Kredit: Tech Harvest

Freshbooks telah menyimpan pelbagai transaksi dengan nilai lebih dari $60,000,000,000, dan menawarkan perkhidmatan mereka pada harga yang kompetitif. Terdapat 3 plan untuk pilihan anda iaitu Lite dengan harga $15 sebulan (RM65.41), Plus dengan harga $25 sebulan (RM109.02) dan Premium dengan harga $50 sebulan (RM218.05). Anda ada pengalaman menggunakan Freshbooks? Kongsikan bersama kami.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...