Invoice Home Dengan 100++ Template Invoice Percuma
Jika anda mencari sistem invois yang mudah dan tidak complicated dan yang memang bertujuan untuk kegunaan invois sahaja anda boleh mencuba Invoice Home iaitu sistem invois ringkas yang boleh digunakan untuk menjana invois dan dokumen-dokumen berkaitan.

Invoice Home menyediakan 100++ template invois yang boleh digunakan untuk bisnes anda. Boleh didaftarkan menggunakan akaun Gmail, Yahoo atau Facebook anda untuk akses ke dalam sistem.

Selain Invois, anda juga boleh membuat Sebut Harga (Quotation), Resit, Nota Kredit (Credit Note) dan pelbagai lagi dokumen yang berkaitan disediakan di dalam sistem Invoice Home.
Invois yang telah siap boleh terus dihantar kepada pelanggan melalui email atau boleh terus dicetak jika pembelian secara fizikal.

Maklumat dan status pembayaran untuk setiap invois akan dipaparkan supaya anda boleh menyemak status pembayaran dan senarai pelanggan yang belum membuat pembayaran untuk sesuatu invois.

Lebih memudahkan, pada setiap bulan juga anda boleh menjana laporan untuk menyemak jumlah transaksi yang telah anda jalankan pada bulan tersebut.

Pembayaran daripada pelanggan juga boleh dibuat melalui Credit Card ataupun Pay Pal. Memang sangat mudah.

Jika anda mempunyai bisnes tetapi masih belum membuat sebarang rekod ataupun invois untuk jualan anda. Anda boleh mulakan langkah anda menggunakan sistem yang mudah seperti Invoice Home. Setakat yang ditunjukkan di laman web sistem ini adalah PERCUMA dan boleh diakses tanpa had.
Sumber : www.invoicehome.com
Komen