Xero – Sistem Perakaunan Bertaraf Antarabangsa

529

Xero, adalah salah satu sistem perakaunan yang semakin dipercayai ramai, kini dengan lebih dari 1,000,000 pengguna yang majoritinya adalah dari sektor industri kecil dan sederhana dari seluruh dunia. Syarikat yang berpangkalan di New Zealand ini telah tersenarai di tempat pertama dalam kategori World’s Most Innovative Growth Companies bagi tahun 2014 dan 2015 oleh Forbes.

Sumber: Forbes

Sebaik sahaja anda selesai mendaftar akaun, anda akan dialihkan ke halaman Dashboard. Di sini terdapat beberapa fungsi utama untuk anda memasukkan maklumat mengenai perniagaan anda. Anda boleh menghubungkan dengan akaun bank anda, dan Xero akan merekodkan setiap transaksi di dalam sistem secara automatik. Juga terdapat akses mudah untuk anda terus merekodkan invois atau bil di halaman ini.

Sumber: Tech Harvest

Jika ini kali pertama anda merekodkan invois secara atas talian, Xero memudahkan anda untuk berbuat demikian. Anda boleh memasukkan produk jualan dan menyimpan maklumat tersebut untuk invois seterusnya. Sebarang perubahan yang anda lakukan akan dipaparkan secara terus. Anda boleh memasukkan peratusan cukai (contohnya seperti GST atau SST) dan juga diskaun untuk produk tersebut. Semua pengiraan akan direkodkan secara tepat dan kemas untuk rujukan anda.

Sumber: Tech Harvest

Sesudah anda selesai memasukkan maklumat berkaitan, anda boleh melihat preview untuk cetakan invois anda. Di sini anda boleh memeriksa sekali lagi sebelum menyimpan dan mencetak salinan untuk pelanggan anda. Jika anda berpuas hati, anda boleh meneruskan untuk mengemelkan secara terus atau memuat turun invois tersebut.

Sumber: Tech Harvest

Perbelanjaan anda boleh direkodkan di halaman ini. Dengan fungsi yang hampir sama semasa anda memasukkan invois, kini anda boleh memasukkan maklumat perbelanjaan anda secara mudah untuk disimpan.

Sumber: Tech Harvest

Di bahagian tetapan pula anda boleh melakukan perbagai fungsi.  Anda boleh memasukkan maklumat syarikat untuk dimasukkan di cetakan invois, memasukkan kadar cukai untuk produk, dan banyak lagi. Manakan tidak, sejak dilancarkan Xero telah menerima lebih dari 1,200 update untuk menjadikan pengalaman anda menguruskan akaun lebih mudah dan efisien.

Read More  Tahukah Anda Google Akan Memadamkan Android Backups Anda Jika Telefon Anda Tidak Aktif Selama 2 Minggu?
Sumber: Tech Harvest

Dengan kadar tukaran wang semasa artikel ini ditulis, sistem Xero tersedia untuk 3 pilihan pakej dengan harga berikut. Pakej Starter boleh dilanggan dengan harga £10 (RM56.21) sebulan , pakej Standard untuk £22 (RM123.78) sebulan dan pakej Premium untuk £27.50 (RM154.74) sebulan.

Sumber: Tech Harvest

Mungkin sedikit mahal apabila ditukarkan ke matawang Ringgit, tetapi Xero menawarkan pelbagai fungsi serta diiktiraf secara antarabangsa oleh hampir sejuta pengguna. Apa pendapat anda? Kongsikan bersama kami.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...