Treezsoft: Sistem Akaun Dengan Fungsi Point of Sales (POS)
Treezsoft merupakan sistem akaun cloud base yang dibangunkan di Malaysia dan dilengkapi dengan features unlimited user. Sistem ini juga menyokong transaksi yang melibatkan GST.
Treezsoft juga menyediakan fungsi tambahan untuk sektor tertentu seperti Sektor Pembinaan, Kedai Emas, Restoran dan Kedai Jualan Kereta Terpakai yang mana pengiraan dan penyediaan resit mungkin sedikit berbeza berbanding perniagaan peruncitan.

Selain daripada fungsi biasa yang ada dengan kebanyakan sistem akaun yang lain seperti maklumat Pelanggan, Invois, Pesanan Penghantaran, Resit Pembayaran, Lejar, Jurnal dan lain-lain.Treezsoft juga dilengkapi dengan POS System dan boleh diintergrasikan dengan hardware bagi POS System seperti Pengimbas Kod Bar, Pencetak Resit dan Mesin Daftar Tunai.

Jika anda mempunyai beberapa cawangan dan memerlukan sistem kawalan pergerakan Inventori secara berpusat. Treezsoft didatangkan dengan fungsi Multiple Location untuk Inventori yang membenarkan lapoaran termasuk laporan jualan yang boleh diakses daripada lokasi yang berbeza mengikut akses tertentu. Sistem ini juga boleh menjana Barcode mengikut kod yang telah ditetapkan untuk setiap produk.

Dengan data daripada POS System boleh diintergrasikan ke dalam sistem perakaunan ini akan memudahkan akauntan anda kerana beliau tidak perlu membandingkan rekod yang sama berkali-kali kerana semua rekod yang dimasukkan akan dikemaskini secara automatik.

Di akhir tempoh perakaunan, anda boleh menjana laporan kewangan penuh yang boleh digunakan untuk tujuan audit atau untuk tujuan pengiraan cukai pendapatan perniagaan.
Harga langganan untuk sistem ini adalah RM 120 sebulan (tidak termasuk GST) dan jumlah pengguna yang boleh didaftarkan di dalam adalah tanpa had untuk setiap satu syarikat.
Sumber : www.treezsoft.com
Komen