Saring Berita Viral Sebelum Share di SEBENARNYA.MY

547

Portal SEBENARNYA.MY merupakan sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak dan melapor berita yang tidak ditentusahkan, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain.

Ia dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menangkis penyebaran berita-berita palsu yang tular di media sosial yang boleh memberikan kesan kepada masyarakat di Malaysia.

Menapis berita yang diterima sebelum berkongsi dengan rakan-rakan yang lain di media sosial sangat penting supaya maklumat yang dikongsikan benar-benar sahih dan tidak mencetuskan perasaan panik kepada masyarakat.

Jika anda orang yang aktif dalam bisnes, berkongsi berita yang tidak sahih mungkin sedikit sebanyak akan mecalarkan kredibiliti anda sebagai seorang peniaga atau pemilik bisnes. Memang kadang-kadang ada cerita yang HOT dan anda berasa teruja untuk kongsikannya. Tetapi berkongsi cerita yang tidak benar mungkin kelihatan lebih tidak beretika.

Jadi berhati-hati dan pastikan kesahihan setiap berita sebelum menekan butang Share di media sosial.


Sumber: http://sebenarnya.my/

Read More  Mahu Menjadi Pengaturcara Yang Bagus? Anda Patut Cuba Stack Overflow Bot

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...