Template Cetak Consignment Note (Pos Laju)

2,530

Bagi bisnes yang dijalankan secara online, pastinya anda menggunakan syarikat perkhidmatan kurier untuk tujuan penghantaran. Dan antara yang paling popular pastilah Pos Laju. Untuk tujuan penghantaran pastinya anda akan mengisi Consignment Note untuk pelanggan anda. Bayangkan jika terdapat 100 pesanan sehari. Memang boleh kebas tangan anda nak tulis satu persatu.

Laman web yag kami review ini bukan sahaja menyediakan tutorial malahan memberikan template untuk mencetak Pos Laju secara PERCUMA (diulang PERCUMAsahaja. Selain memberikan panduan bagaimana untuk anda membuat tetapan pada pencetak untuk mencetak Consignment Note tersebut.

Kebanyakan template yang disediakan adalah menggunkan Microsoft Office Excel dan Word yang sememangnya kebanyakan daripada kita sudah sebati dengan kedua-dua perisian tersebut.

Selain menjimatkan masa, anda boleh mengoptimumkan pengunaan template ini untuk menyimpan dan mengemaskini Database pelanggan anda sebagai rujukan di masa hadapan.

Untuk Usahawan Online. Ayuh anda boleh cuba ini. Macam-macam tips dan teknik untuk borang Pos Laju dibongkarkan di sini. Klik SINI untuk ke laman web template tersebut.

Template Cetak Slip Pos Laju
Panduan Mencetak Menggunakan Pencetak Dot Matrix
Lain-lain template Cetak Slip Pos Laju

Sumber : http://www.norazizah.com/2017/02/template-poslaju-open-office.html

Read More  Cara Untuk Menukar Alamat IP Anda Melalui Command Prompt di Linux!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...