Formula Mengira Titik Pulang Modal

4,658

Biasanya setiap bulan anda pastinya akan ada sasaran jualan yang perlu dicapai sebelum anda mengetahui kedudukan jualan anda untung ataupun sebaliknya berdasarkan kos-kos yang dibelanjakan untuk pengeluaran dan penjualan produk. Teknik dipanggil sebagai Titik Pulang Modal (Break Even Point).

Titik Pulang Modal adalah situasi di mana perniagaan anda berada pada tahap tidak membuat keuntungan namun tidaklah rugi. Istilah yang biasa kita gunakan adalah Balik Modal. Titik Pulang Modal biasanya dilihat berdasarkan kepada berapa jumlah unit ataupun jumlah jualan yang perlu anda lakukan untuk mencapai tahap pulang modal bergantung kepada harga jualan yang ditetapkan anda.

Mana-mana jumlah yang melebihi Titik Pulang Modal tersebut bolehlah dianggap sebagai keadaan di mana perniagaan telah membuat keuntungan. Walaubagaimanapun, Titik Pulang Modal tidak digunakan untuk menentukan jumlah untung bersih sesebuah perniagaan kerana akan terdapat kos-kos lain yang terlibat, pelbagai jenis produk yang dikeluarkan oleh perniagaan yang sama dan sebagainya.

Untuk mengira Titik Pulang Modal anda perlu mengambil kira kesemua kos-kos yang terlibat dalam perniagaan anda. Kos-kos yang biasanya terlibat di dalam pengiraan Titik Pulang Modal adalah seperti berikut:

  • Kos Berubah : Kos yang akan meningkat jika jualan meningkat ( Bahan Mentah, Kos Penghantaran dan lain-lain).
  • Kos Tetap : Kos yang tetap dan tidak dipengaruhi oleh jualan ( Sewa Kedai, Gaji Pekerja, Latihan Pekerja dan sebagainya).

Kos-kos yang terlibat adalah bergantung kepada jenis perniagaan anda. Di sini saya tunjukkan formula asas pengiraan Titik Pulang Modal: Untuk Jualan dan Kos Berubah adalah berdasarkan kepada jualan dan kos per unit: 

CONTOH SEPERTI DI BAWAH: 

  • Harga Jualan (per unit) : RM 55
  • Kos Berubah (per unit) : RM 30
  • Kos Tetap : RM 3000
Read More  Bagaimana Mahu Membuat Kod QR Anda Sendiri Dari iPhone Atau Telefon Android Anda?

PENGIRAAN ADALAH SEPERTI DI BAWAH:

SUMBER:http://simplestudies.com/repository/lectures/ch10_break-even_point_representation.gif

Maka Titik Pulang Modal bagi produk anda adalah 137 Unit jika produk tersebut dijual dengan harga RM 55. Jika anda menjual melebihi 137 unit bermakna anda telah membuat keuntungan untuk produk tersebut.  Andai kata harga jualan diletakkan lebih tinggi dari RM 55 maka Titik Pulang Modal akan menjadi lebih rendah untuk anda.

* Formula Titik Pulang Modal digunapakai jika anda mengeluarkan hanya satu produk sahaja. Jika anda mengeluarkan lebih dari satu produk formula titik pulang modal yang lain akan diguna pakai.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...