7 Tips Yang Anda Boleh Gunakan Untuk Hadir Ke Temuduga

636

Kebelakangan ini samada di Media Sosial atau media arus perdana sering memaparkan keluhan graduan yang sukar mendapatkan peluang pekerjaan atau menempatkan diri mereka di syarikat-syarikat yang mengiklankan kekosongan jawatan mereka di Internet atau surat khabar.

Sumber: Google

Manakala di pihak majikan pula, kebanyakan memberikan maklum balas standard yang diberikan calon tidak menepati kriteria yang ditetapkan oleh mereka. Walaupun kelulusan ada, tetapi standard yang diberikan tidak menepati piawaian yang ditetapkan.

Pengalaman saya menemuduga ramai calon, melihat bukannya calon yang hadir tidak mempunyai kualiti, namun kurangnya persediaan baik dari aspek fizikal dan mental.

Perkara yang paling penting sewaktu ditemuduga adalah membuatkan bakal majikan anda berasa selesa dengan anda anda mereka akan kerugian sekiranya mereka tidak mengambil anda bekerja di syarikat mereka.

Kadang-kala keputusan akademik bukanlah hanya satu-satu faktor penentu untuk melayakkan anda ke jawatan tersebut. Tetapi bagaimana sikap anda sewaktu menjalani temuduga bersama mereka. Apa yang paling penting and perlu melihatkan  diri anda sebagai aset yang lebih penting. Memposisikan diri anda sebagai aset penting majikan.

Saya kongsikan TUJUH (7) Tips yang boleh anda praktik untuk membuatkan bakal majikan berasa teruja untuk anda bekerja bersama mereka:

1. Membuat Persediaan Yang Secukupnya 

Buat persediaan yang rapi dengan menyediakan dokumen seperti Resume, Transkrip Akademik dan dokumen-dokumen lain seperti yang diminta oleh pihak syarikat.

Pastikan anda menyemak berulangkali senarai semak yang diberikan. Sekiranya anda tidak pasti anda boleh menghubungi kembali Bahagian Sumber Manusia syarikat tersebut untuk pengesahan.

2. Pemilihan Pakaian Yang Sesuai 

Pilih pakaian yang sopan dan sesuai dengan jawatan yang anda pohon. Jika anda datang temuduga untuk jawatan Eksekutif Jualan, jangalah pula anda hanya berpakaian seluar jeans dan berselipar sahaja. Pastikan kod etika pakaian anda sesuai dengan jawatan yang dipohon.

Read More  Infografik -12 Idea Yang Boleh Digunakan Di Pejabat Untuk Tingkatkan Produktiviti Kerja

3. Buat Kajian Mengenai Jawatan dan Latar Belakang Syarikat

Buat sedikit kajian mengenai skop kerja yang ditawarkan kepada anda di internet. Anda boleh layari laman sesawang seperti Jobstreet untuk melihat apakah skop kerja untuk jawatan seperti yang ditawarkan. Walaupun syarikat yang berbeza, namun skop kerja yang ditawarkan adalah lebih kurang sama.

Pastikan juga anda mengetahui serba sedikit latar belakang operasi syarikat tersebut dan tahu jenis perniagaan yang dilakukan. Apa susah, Google kan ada.

4. Hadir Ke Tempat Temuduga Lebih Awal

Pastikan anda sampai ke tempat temuduga sekurang-kurangya setengah jam lebih awal daripada masa yang dijadualkan. Ini membolehkan anda membuat persediaan terakhir sebelum dipanggil ke bilik temuduga.

Jika anda mungkin terlewat, maklumkan kepada syarikat tersebut anda lebih awal supaya anda tidak dilihat sebagai individu yang tidak menepati masa.

Jika temuduga dilakukan pada waktu pagi, jangan sesekali tidak mengambil sarapan pagi. Manakala, jika temuduga dijalankan selepas waktu tengahari, pastikan anda tidak makan terlalu banyak yang boleh menyebabkan anda mengantuk dan kelihatan kurang bermaya.

5. Jawab Soalan-Soalan Hanya Apabila Ditanya Dan Elakkan Terperangkap Dengan Provokasi

Majikan mencari calon yang boleh berkomunikasi dengan baik. Maksudnya, hanya bercakap dan melontarkan idea jika diminta dan beradap jika tidak bersetuju dalam sesuatu perkara.

Kadangkala, penemuduga sengaja mengajak anda kepada perbincangan yang berbentuk provokasi. Sekadar untuk menguji bagaimana anda mengendalikan sesi tersebut. Jadi, elakkan terperangkap dengan provokasi dan stay calm. 

6. Bersikap Jujur

Tidak mengapa jika ada benda yang anda tidak mahir. Lebih baik mereka tahu apa yang anda tidak mahir sebelum diambil bekerja daripada mereka tahu anda tidak bersikap jujur sewaktu ditemuduga.

Read More  Bagaimana Hendak Kongsikan Senarai Lagu Spotify Anda Dengan Rakan-Rakan Atau Dunia?

Mungkin jangka hayat anda di syarikat itu tidak lama jika keadaan ini berlaku.

7. Sikap Sewaktu Ditemuduga

Sekiranya penemuduga anda bertanya soalan yang senstitif dan anda berasa kurang selesa untuk menjawabnya. Maklumkan kepada mereka. Anda berhak untuk tidak menjawab sekiranya soalan tersebut dirasakan tidak relevan dengan jawatan yang anda pohon.

Proses temuduga adalah proses yang tidaklah terlalu complicated, anda hanya perlu bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi proses temuduga. Jika ia temuduga pertama anda, sudah pastinya anda akan berasa gemuruh dan gementar. Tapi jangan jadikan ia halangan untuk anda bersikap tidak bersedia dalam temuduga.

Untuk yang bakal menghadiri temuduga Good Luck !

Sumber: FV Perunding Niaga

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...