Accounting Coach : Portal Pembelajaran Akaun Secara Online

736

Accounting Coach merupakan portal pembelajaran akaun secara online yang membolehkan anda memahami asas-asas dan terma perakaunan dengan lebih mudah.Nota-nota dan penerangan dipecahkan kepada beberapa topik yang lebih mudah dan tersusun. 3 topik utama seperti :

  • Bookkeeping (Simpan Kira)
  • Financial (Perakaunan Kewangan)
  • Managerial (Perakaunan Pengurusan)

Ia mengandungi nota secara PDF, MP3 dan Video untuk rujukan anda. Bagi setiap topik, disediakan kuiz dan permainan interaktif yang disediakan untuk memudahkan pemahaman anda mengenai akaun. Anda boleh bermula dengan topik yang paling asas di portal ini.

Sumber: www.accountingcoach.com

Accounting Coach menyediakan tutorial dari asas perakaunan (simpankira) sehingga kepada pembelajaran yang lebih Advance dan terperinci berkaitan akaun dan banyak contoh-contoh latihan secara praktikal ditunjukkan kepada anda.

Di Accounting Coach anda juga akan didedahkan dengan subtopik yang berkait dengan pengurusan dan kewangan seperti menyediakan bajet, mengira kos pengeluaran dan lain-lain kos yang membaitkan struktur bisnes anda.

Course Outline

Accounting Coach didatangkan dengan DUA (2) versi iaitu Versi PERCUMA dan Versi PRO. Cuma terdapat sedikit perbezaan antara versi PERCUMA dan PRO kerana versi PRO didatangkan dengan beberapa fungsi tambahan dan akesnya tidak terbatas. Dari laman sesawang Accounting Coachyuran langganan adalah sekita USD49 seumur hidup (DIULANG: Seumur Hidup).

Amaun yang sangat berbaloi untuk dilaburkan bagi menambahkan pengetahuan anda mengenai akaun.

Funsgi Versi PERCUMA vs PRO
Langganan Pakej PRO USD49 seumur hidup

Jadi dengan Accounting Coachanda bukan sahaja mempelajari dan memahami terma-terma perakaunan yang sering digunapakai dalam menyediakan akaun bisnes. Malahan juga dapat melihat bagaimana sesuatu konsep perakaunan digunakan.

Walaupun anda asalnya ZERO dari segi perakaunan, dengan nota-nota dan penerangan yang diberikan. Anda mungkin dapat memahami serba sedikit bagaimana untuk membuat penilaian untuk setiap transaksi yang dilakukan oleh syarikat atau bisnes anda.

Read More  5 Aplikasi Percuma Untuk Menjimatkan Wang Anda Untuk Ke Kelas Bahasa Inggeris!

Mahu memulakan pembelajaran akaun di Accounting CoachJom mulakan sekarang.

Sumber: Accounting Coach

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...