Niagawan: Sistem Akaun Mesra Peniaga Online
Niagawan adalah merupakan sistem akaun CLOUD yang mesra peniaga online yang dibangunkan dengan dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan English. Niagawan dilengkapi dengan ciri-ciri yang lebih straight forward yang boleh dikendalikan walaupun anda mempunyai pengetahuan asas perakaunan yang minima.

Sebaik sahaja anda login ke dalam sistem Niagawan anda akan terus dibawa ke video tutorial mengenai penggunaan ringkas sistem Niagawan . Ia kelihatan sangat mudah dan anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan di dalam video satu persatu.

Sistem Niagawan dilengkapi dengan dengan 6 FUNGSI UTAMA yang menyokong transaksi simpan kira, jualan, belian, laporan dan pengiraan cukai serta zakat bagi sesebuah perniagaan.
Di Tab Jualan, anda boleh menjana Invois atau Jualan Tunai. Sebaik sahaja invois dibayar dan penghantaran dibuat. Anda akan memperolehi laporan Jualann bagi tarikh tersebut dan dalam masa yang sama juga anda boleh menjana Delivery Order apabila penghantaran telah dilakukan.

Yang menariknya, jika anda menggunakan POS Laju sebagai medium penghantaran. Consignment Note boleh terus dicetak dari sistem ini. Tak perlu lagi tulis dengan tangan.

Di Tab Belian anda boleh memasukkan database pembekal, maklumat produk, kuantiti inventori, gambar produk, dan pergerakan stok boleh didapati di sini. Transaksi pembelian juga boleh direkod untuk mendapatkan gambaran kos belian anda.
Dan jika anda penjual online ia memang sangat sesuai kepada anda memandangkan kebanyakan transaksi dijalankan secara bank/tunai.



Manakala bagi Tab Laporan Akaun anda boleh menjana Penyata Aliran Tunai, Lejar Am, Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira

Dalam Niagawan terdapat fungsi tambahan berbanding sistem lain iaitu sistem Niagawan mempunyai fungsi kiraan Zakat dan Cukai Pendapatan.

Sistem Niagawan didatangkan dengan fungsi akaun yang ringkas dan mudah yang sememangnya sangat membantu pemilik bisnes, dropship atau agent yang menggunakan platform niaga secara online. Anda bukan sahaja boleh memantau transaksi bisnes, tetapi boleh menggunakan laporan akaun untuk membuat justifikasi keputusan bisnes anda.
Sistem Niagawan kini dibuka dengan harga RM 99 setahun berbanding harga asal RM 399 setahun. Anda boleh gunakan platform ini untuk mendapatkan sistem akaun yang mampu milik untuk menguruskan perniagaan dan stok anda.
Sumber: Niagawan
Komen