Mencetak Cek Menjadi Lebih Mudah Dengan Chrysanth Cheque Writer

1,579

Kebanyakan transaksi pada hari ini telah beralih kepada perbankan internet termasuklah untuk Akaun Korporat. Walaubagaimanapun, pengunaan cek masih lagi relevan untuk sesetengah bisnes. Kebanyakkan urus niaga yang membabitkan Post Dated masih lagi menggunakan cek sebagai medium transaksi utama.

Tetapi memang akan menjadi satu yang merumitkan apabila mahu menyediakan cek dengan cara manual. Satu atau dua keping cek mungkin masih OK jika menggunakan manual. Tetapi jika setiap bulan anda perlu menyediakan beratus-ratus keping cek. Mungkin anda perlu mempertimbangkan untuk menggunakan perisian atau sistem yang terdapat di pasaran.

Sebenarnya, terdapat banyak perisian mencetak cek di pasaran, tetapi kami tertarik dengan sistem Chrysanth Cheque Writer kerana  ia bukan sahaja Percuma, malah ia menyokong hampir kesemua bank yang terdapat di Malaysia.

Penggunaannya juga mudah, hanya pasang perisian ini di komputer dan anda boleh mula mencetak cek seperti yang anda mahukan.

Antara Ciri-Ciri yang terdapat dalam perisian  Chrysanth Cheque Writer

1. Menyimpan database penerima untuk transaksi yang berulang-ulang

Database Nama Penerima

2. Pilih Bank anda mengikut pilihan yang diberikan. (Banyak tu)

Pilih bank anda

3. Mengisi maklumat Penerima dan Amaun

Isi Amaun Cek Anda

4. Contoh Cek yang telah dicetak 

Cek yang dicetak

Sumber : Chrysanth Cheque Writer

Read More  Perisian Melukis Komik Dan Manga Yang Terbaik Pada Abad Ini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...