Bina Laman Web Kurang Dari 4 Minit Dengan Instaweb

614

Lazimnya bagi pemilik bisnes yang menjalankan perniagaan pada hari ini, pasti akan mempunyai sekurang-kuranya satu Facebook Page sebagai medium interaksi bersama pelanggan dan prospek. Selain, memuatnaik naik produk terbaru dan aktiviti bisnes mereka.

Namun, tidak semua maklumat akan hanya dicari menggunakan Facebook, ada yang memilih enjin carian untuk mencari maklumat perkhidmatan atau produk yang diperlukan. Pendek kata Facebook Page dan Laman Web memang sangat-sangat penting sebagai medium untuk meperkenal dan menjual produk dan perkhidmatan anda.

Namun, pasti ramai yang terduduk apabila mendengar kos untuk membina satu website yang comprehensive lengkap dengan fungsi seperti payment gateway, e-commerce, autoreply dan sebagainya. Jadi lebih ramai yang hanya memilih untuk terus kekal berniaga di Facebook sahaja. Bukan tak bagus berniaga di Facebook, tapi dengan laman web banyak lagi pasaran yang anda boleh terokai.

Kami tercari-cari juga mana-mana sistem yang boleh integrate Facebook dan Laman Web . Carian kami membuahkan hasil apabila kami terjumpa Instaweb yang merupakan Instant Web Builder yang boleh membina laman web bisnes anda dari Facebook Page anda.

Bukan sahaja menjimatkan masa kerana anda tak perlu kemaskini satu persatu. Apa yang anda kemaskini di Facebook itulah yang akan keluar di laman web anda. Menarik !

Dan yang menarik, Instaweb dibangunkan di Malaysia dan sudah tentu kesemua features yang ditampilkan lengkap dengan ciri-ciri yang sesuai untuk perniagaan yang dijalankan di Malaysia.

Kami telah mencuba fungsi di Instaweb, untuk melihat sepantas mana laman web boleh di bina dengan system ini. Oh ya! Anda diberi 30 hari trial period untuk menguji keberkesanan sistem ini sebelum melanggan Versi Penuh.

Read More  Xero - Sistem Perakaunan Bertaraf Antarabangsa

1. Layari www.instaweb.my

www.instaweb.my

2. Instaweb didatangkan dengan 2 pakej iaitu pakej Basic dan E-Commerce dengan harga seperti yang tertera (masih mampu milik kan).

Pakej Ditawarkan

3. Bila anda sudah memilih pakej mana ia akan meminta anda untuk login ke dalam Facebook anda dan anda perlu pilih page yang mana anda mahu gunakan sebagai laman web anda.

Pilih Page Anda

4. Kemudian anda perlu memilih template yang mana anda berkenan ( banyak woi. boleh main pilih-pilih pulak tu)

Pilihan Template Yang Ada

5. Kemudian anda boleh memilih subdomain yang anda mahukan. Nak pakai domain sendiri pun boleh, memang termasuk dalam pakej.

Pilih Subdomain Anda

6. Dah siap dah. Automatik dia terus publish laman web anda. (Berapa minit agak-agak tu?)

Laman Web Dah Siap

7. Untuk Tetapan Logo dan fungsi-fungsi lain.

Tetapan Lain

 

Dengan aplikasi dan sistem sebegini memang sangat mudah untuk anda membina laman web dengan ringkas dan pantas termasuk ciri-ciri yang diperlukan oleh laman e-commerce. Mungkin anda boleh mencubanya hari ini.

Rujukan : Instaweb

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...