MUAB: Sistem Yang Menguruskan Akaun Bisnes Anda Secara Sistematik

616

MUAB singkatan kepada Mudahnya Urus Akaun Bisnes merupakan Sistem Akaun yang dibangunkan dengan menggunakan Microsoft Excel oleh SYFY Pro Resources yang diasaskan oleh Tuan Selamat Jamil.

Sebaik sahaja anda melancarkan sistem ini, ia akan terus membawa anda ke paparan Dashboard yang memberikan ringkasan maklumat mengenai kedudukan perjalanan tunai syarikat anda dan terus kepada direction di mana perlu bermula dengan klik sahaja MULA DISINI. 

Paparan Dashboard MUAB

Sebaik sahaja anda memilih butang Tetapan, paparan di bawah akan muncul dan anda hanya perlu mengisi maklumat yang diperlukan. Jika anda tidak pasti maklumat apa yang perlu diisi. Pada halaman ini ada butang Tutorial yang akan membawa anda kepada bantuan untuk penggunaan sistem tersebut.

Paparan Tetapan

Setelah anda memulakan transaksi anda boleh ke tab Transaksi dan terus masukkan transaksi seperti gambar di bawah. Sekali lagi, di setiap tab ada fungsi tutorial yang membolehkan anda menyemak dan mengikuti panduan penggunaan sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk menggunakan sistem tersebut.

Paparan Transaksi

Pada tab Laporan, beberapa laporan asas yang diperlukan untuk anda jana bagi mengetahui prestasi semasa perniagaan anda. Antaranya, Laporan Kunci Kira-Kira, Penyata Pendapatan dan Aliran Tunai. Malahan terdapat fungsi laporan penghutang dan pemiuntag yang membolehkan anda menyemak status kedudukan penghutang dan pemiutang anda.

Paparan Laporan

Tambahan sistem ini disediakan di dalam Bahasa Malaysia dan semua tutorial yang disediakan juga di dalam Bahasa Malaysia. Tiada lagi sebab untuk anda tidak membuat rekod simpan kira yang lengkap untuk bisnes anda.

Read More  Bagaimana untuk Hentikan Video Auto-play dalam Chrome

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...