WaveApps : Aplikasi Cloud Accounting Percuma Untuk Pemilik Bisnes

1,317

Bagi peniaga yang masih lagi menggunakan kaedah manual untuk merekod transaksi perniagaan.Anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk beralih kepada sistem perakaunan secara cloud untuk memudahkan pemantauan terhadap urusan perniagaan anda.

Di pasaran, antara Cloud Base Accounting System yang menjadi pilihan peniaga kecil dan sederhana ada Sistem Wave Accounting. Anda boleh ke www.waveapps.com untuk melayari sistem tersebut.

WaveApps merupakan sistem aplikasi akaun secara cloud base yang didatangkan secara FREEMIUM iaitu PERCUMA tanpa had untuk penggunaannya. Sistem ini sangat mudah untuk dikendalikan dan sangat mesra pengguna walaupun anda tidak mempunyai asas perakaunan.

Paparan Dashboard WaveApps

Memandangkan kebanyakan perniagaan menggunakan medium secara online. WaveApps didatangkan dengan ciri-ciri mesra perniagaan online iaitu empunyai fungsi hampir sama dengan kebanyakan sistem yang berbayar yang lain seperti Invoices,Bills, Mini CRM, Internet Banking Connection dan menyokong fungsi multiple users dan multiple companies di dalam satu akaun yang sama.

Diseragamkan dengan Perbankan Internet
Paparan Transaksi Sistem

Dan jika anda jenis yang selalu keciciran resit-resit yang dibayar kepada pembekal ataupun perbelanjaan operasi syarikat yang lain. Anda boleh menggunakan Apps yang disediakan oleh WaveApps yang menyokong sambungan ke telefon pintar seperti Android atau  iOs.

Waveapps dibangunkan dengan 6 kompenan asas iaitu yang menyokong daripada proses memasukkan data sehinggalah kepada proses penyediaan laporan kewangan.

7 Fungsi yang disokong dalam Sistem Waveapps adalah:

  • Dashboard
  • Sales
  • Purchase
  • Accounting
  • Banking
  • Payroll (tidak menyokong pengguna di Malaysia)
  • Report

Walaubagaimanapun, memandangkan sistem ini dibangunkan di Kanada ia mempunyai sedikit perbezaan dari segi penggunaan fungsi yang melibatkan undang-undang yang terpakai di Malaysia sahaja misalnya berkaitan fungsi Payroll dan GST. Ia tidak menyokong kedua-dua fungsi tersebut memandangkan ia tidak mempunya Waveapps versi Malaysia.

Namun, untuk  bagi mereka yang langsung tidak pernah menggunakan sistem, ia sangat-sangat berbaloi untuk digunakan disamping percuma. Sistem ini boleh digunakan sebagai batu asas sebelum anda menggunakan sistem-sistem berbayar yang lain kerana kebanyakan sistem akaun dari segi konsep asas untuk merekod adalah sama.

Read More  Bagaimana Hendak Memadam Mesej di Whatsapp?
Peserta Sesi Shah Alam
Sesi Anjuran Tech Harvest X Super Incorp

Namun, sekiranya anda tinggal di Utara atau Lembah Kelang dan mahukan laithan secara hands on dan bantuan support yang berterusan untuk sistem ini. Bengkel ini diadakan secara bulanan dan hanya terhad untuk 20 orang peserta untuk satu-satu kelas.

Anda boleh hubungi kami di 016 444 3014 dan [email protected] untuk membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kelas ini.

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...