Bisnes Dan Bolasepak

747

Dalam satu pasukan bola sepak, ini adalah posisi yang biasanya ada dalam satu-satu pasukan

  • Pengurus/Jurulatih
  • Penjaga Gol
  • Pertahanan
  • Pemain Tengah
  • Penyerang

Semua pemain perlu jelas dengan posisi mereka. Walaupun semua posisi telah ditentukan, ada masa dan ketika posisi ini terpaksa dirombak mengikut kesesuaian keadaan dan perubahan taktikal oleh Jurulatih.

 

Sumber: www.footballfestivals.co.uk

 

Contohnya, ada pemain yang dikenankan kad merah, kecederaan, dalam kedudukan ketinggalan gol atau dalam keadaan sedang mendahului.

Bergantung kepada keadaan, Jurulatih akan memilih taktikal yang dirasakan terbaik dengan situasi semasa yang dia ada.

Sama halnya dengan menguruskan bisnes, setiap orang mesti jelas dengan skop kerja masing-masing.

Walaupun skop kerja masing-masing telah ditetapkan, kadang-kadang ia mungkin perlu dirombak bergantung kepada kondisi semasa bisnes.

Sebagai orang bisnes kita perlu sentiasa peka dan flksible terhadap situasi semasa. Rebut peluang yang ada jika ia memberikan manfaat kepada bisnes kita.

Read More  Pengenalan Asas Perakaunan (Bahagian 1)

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...