5 Manfaat Virtual Office Untuk Peniaga Kecil

1,029

Bisnes yang dijalankan secara atas talian tidaklah terlalu memerlukan pejabat untuk beroperasi, memandangkan bisnes tersebut boleh dijalankan dari mana-mana lokasi termasuklah di rumah asalkan mempunyai sambungan internet.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah keadaan di mana walaupun bisnes tersebut dijalankan secara atas talian, namun untuk tujuan-tujuan tertentu pihak tersebut akan meminta alamat selain daripada alamat rumah untuk tujuan verifikasi dan validasi.

Walaubagaimanapun, kos untuk menyediakan sebuah pejabat yang lengkap tidaklah murah. Selain perlu menggajikan staff untuk menguruskan pejabat, terdapat juga kos-kos sampingan yang lain seperti bil utiliti, kos renovasi, sewa bulanan, dan sebagainya.

Ini kadang-kala boleh mendatangkan sedikit bebanan kepada bisnes sedangkan tujuan awal hanya untuk memiliki alamat komersial untuk tujuan formal sahaja.

Namun kini, terdapat beberapa pilihan yang anda boleh pertimbangkan mengikut tahap penggunaan pejabat yang anda perlukan iaitu fungsi Virtual Office atau Co- Working Space. Fungsi antara Virtual Office dan Co Working Space adalah sama, cuma Co-Working Space memperuntukan ruang fizikal untuk perniagaan anda.

Sumber : Tech Harvest Business Solution

Di sini saya terangkan beberapa manfaat yang anda akan perolehi dengan Virtual Office

1. Jimat Kos Operasi

Virtual Office boleh menjimatkan kos operasi anda sehingga 70% setahun, memandangkan kosnya yang rendah dan anda menggunakan alamat komersial sahaja.

2. Kelihatan Profesional

Alamat komersial menjadikan bisnes anda kelihatan profesional tanpa perlu berbelanja lebih.Malahan kebanyakan Virtual Office memperuntukan ruang mersyuarat untuk kegunaan anda dan pelanggan anda.

3. Berkongsi Kos Staff

Jika anda melanggan Co-Working Space atau Virtual Office, akan akan staff daripada pihak penyedia perkhidmatan untuk membantu anda (memaklumkan surat diterima atau mengambil pesanan bagi pihak anda). Semua ini adalah termasuk dalam caj bulanan anda tanpa sebarang caj tambahan.

Read More  4 Kerjaya Online Yang Anda Boleh Mulakan Hari Ini Dari Rumah Sahaja

4. Hanya Bayar Apa Yang Anda Langgan

Konsep hanya bayar apa yang anda langgan, menjadikan anda dapat mengoptimumkan kos-kos anda. Sekiranya anda menyewa pejabat tetapi anda hanya menggunakan 1/3 daripada ruang tersebut. Anda tetap perlu membayar keseluruhan sewa untuk setiap bulan. Namun, jika Co-Working Space anda hanya perlu membayar untuk 1/3 itu sahaja.

5. Perabot Disediakan

Tidak perlu lagi bimbang dan risau untuk menyediakan perabot dan peralatan pejabat. Dari penghawa dingin, kerusi, meja, internet semua telah disediakan. Anda hanya masuk dan terus membuat kerja anda sahaja.

Tech Harvest menyediakan perkhidmatan Virtual Office dan Co-Working space dengan harga yang berpatutan di Bayan Lepas, Pulau Pinang serendah dari RM 25 sebulan

Anda boleh menghubungi melalui [email protected] atau 016-4443014 untuk maklumat lanjut.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...