Pengenalan Asas Perakaunan (Bahagian 1)

545

Azmi bercadang untuk membuka perniagaan. Setelah dia membuat sedikit kajian. Azmi bercadang untuk membuka perniagaan menghantar barangan di kawasan sekitar kediamannya memandangkan di situ terdapat banyak pejabat dan peluangnya cukup bagus untuk perniagaannya berkembang.

Apa itu akaun?

Azmi akhirnya pergi ke SSM dan mendaftarkan perniagaannya sebagai Azmi Fast Delivery. Tetapi Azmi ada kemusykilan bagaimana untuk membuat rekod transaksi untuk perniagaannya memandangkan Azmi tidak mempunyai asas dalam bidang perakaunan. Lalu Azmi berjumpa dengan FV Perunding Niaga untuk mendapatkan sedikit nasihat dan pandangan.

Usai perjumpaan, Azmi memberikan situasi berikut:

1. Azmi melaburkan RM 2000 dari wang simpanan ASB nya untuk memulakan perniagaan

2. Azmi menjadikan motorsikalnya yang berharga RM 1500 sebagai motorsikal untuk perniagaan beliau.

3. Azmi mencetak flyers sebanyak 2000 keping bernilai RM 200 dan mengedarkan di sekeliling kawasan perumahan tersebut.

4. Azmi telah menerima tempahan penghantaran barang daripada Jomanize Sdn. Bhd. yang bernilai RM 150 dan telah melaksanakan kerja tersebut tetapi belum lagi menerima pembayaran daripada Jomanize Sdn. Bhd.

5. Mak Jemah telah membayar RM 120 untuk tugasan menghantar barang ke Melaka.

Berdasarkan situasi Azmi, Azmi meminta pandangan FV Perunding Niaga untuk memberikan nasihat mengenai catatan yang betul untuk rekod akaun yang sebenarnya.

1. RM 2000 yang dilaburkan akan dikira sebagai Modal.

2. RM 1500 motorsikal akan direkodkan sebagai Modal dan Aset Perniagaan

3. RM 200 kos flyers akan direkodkan sebagai belanja

4. RM 150 daripada Jomanize Sdn. Bhd. direkod sebagai Hasil walaupun belum dibayar.

5. RM 120 daripada Mak Jemah direkod sebagai hasil.

TAMAT SESI SATU

Read More  Bisnes Dan Bolasepak

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...