Bantuan Teknik Simpan Kira (Percuma)

570

SOALAN:

Soalan berkaitan dengan syarikat membuat khidmat sewa projector dan beberapa situasi dan implikasi terhadap simpan kira.

 

Servis yang ditawarkan

 

1. 1/1/2015
Ali buat booking bayaran RM50

2. 20/1/2015
Ali mula sewa projector. Byr RM150 (baki sewa) + RM300 sebagai security deposit (cagaran).

3. 23/1/2015
Ali pulangkan projector dengan keadaan baik. Deposit RM300 dipulangkan kpd Ali.

4. Ali pulangkan lewat sehari. Denda RM10 ditolak daripada security deposit.

Jawapan:

1. 1/1/2015

Duit booking belum boleh dikira sebagai hasil kerana perkhidmatan sewaan masih belum lagi dijalankan. Ia hendaklah dikira sebagai liabiliti kepada perniagaan.

Journal adalah seperti berikut:

Dr Tunai RM 50

Cr Deposit Tempahan

2. 20/1/2015

Khidmat sewa telah dijalankan. Wang booking boleh diisytiharkan sebagai hasil

Dt Deposit tempahan RM 50

Dt Tunai RM 150

Cr Hasil Sewa RM 200

Sekuriti Deposit akan direkod seperti di bawah

Dt Tunai RM 300

Cr Sekuriti Deposit RM 300

3. 23/01/2015

Pemulangan Sekuriti Deposit kepada pelanggan

Dt Sekuriti Deposit RM 300

Cr Tunai RM 300

4. 23/01/2015

Caj Lewat (akan dikira sebagai hasil)

Dt Tunai RM 10

Cr Hasil RM 10

Sekian Terima Kasih. Harap Membantu

Read More  Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Mengambil Pinjaman Untuk Syarikat Anda

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...