Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Mengambil Pinjaman Untuk Syarikat Anda

534

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM MENGAMBIL PINJAMAN UNTUK SYARIKAT ANDA

Sekiranya syarikat anda memerlukan pembiayaan tambahan untuk memperbesarkan operasi, menambah cawangan dan sebagainya. Anda perlu meneliti adakah aliran tunai semasa perniagaan anda mampu untuk menampung pembiayaan tersebut. Pembiayaan mungkin mengambila masa yang agak panjang. Justeru itu, anda perlu melihat bagaimana trend PENDAPATAN,PERBELANJAAN, ASSET, LIABILITI semasa anda sebelum membuat keputusan mengambil pembiayaan tersebut.

 

Jangan bertindak terburu-buru

 

Bagaimana anda hendak meneliti kemampuan untuk membayar balik pinjaman tersebut? Sudah tentu melalui LAPORAN KEWANGAN yang dikemaskini pada setiap bulan. Ini penting kerana dengan melihat laporan kewangan yang lepas dan semasa boleh memberikan gambaran terhadap kedudukan kewangan syarikat anda. Samada mengalami LEBIHAN atau DEFISIT setiap bulan.

Ia sangat penting untuk mengelakkan anda membuat keputusan perniagaan yang silap. Selain itu, perincian terhadap semua asset milik syarikat boleh membuatkan anda bersedia untuk mencairkannya pada bila-bila masa sekiranya sesuatu kecemasan berlaku kepada syarikat anda. Seandainya anda membuat keputusan yang silap ia bukan sahaja merugikan syarikat anda, malahan menambahkan liabiliti yang tidak perlu tanpa mendatangkan apa-apa pulangan kewangan pada masa hadapan.

Read More  Pengenalan Asas Perakaunan (Bahagian 1)

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...