Bagaimana Akaun Membantu Menstabilkan Perniagaan Anda

581

BAGAIMANA AKAUN MEMBANTU MENSTABILKAN PERNIAGAAN ANDA?

 

Rancang cash flow syarikat anda

 

+Katakan anda mempunyai perniagaan dengan memiliki beberapa rangkaian cawangan, anda mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk meneliti kesemua jumlah perbelanjaan/pendapatan perniagaan anda.

+ Yang ada hanya lah maklumat daripada kakitangan anda dan berapa jumlah yang diserahkan kepada anda. Jadi secara terperinci anda tidak tahu berapa dan bagaimana duit perniagaan anda bergerak, barang apa yang laku. Berapa banyak perbelanjaan perniagaan dan sebagaimya.

+Kalau anda mempunyai pekerja yang jujur anda bernasib baik. Tiada apa-apa penyelewengan. Itu bagus. Tapi anda ada sedikit manipulasi daripada kakitangan anda. Ia akan terus berterusan kerana tiada rekod untuk dirujuk dan diteliti.

+Sampai satu masa operasi tergendala. Aliran tunai bermasalah sebab terpaksa ambil duit dari cawangan lain untuk bantu cawangan yang bermasalah. Akhir sekali semua terus tutup.

Menakutkan bukan? Tetapi anda boleh mencegahnya dengan apa? Dengan akaun yang sistematik, diulang akaun yang sistematik. Saya tak la jamin 100% ia boleh membantu. Tapi berdasarkan pengalaman ia memang salah satu punca yang melingkupkan bisnes.

Read More  Bantuan Teknik Simpan Kira (Percuma)

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...